Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL slen

Nama: Roslen
Umur: N/A, Lelaki
Zodiac: N/A
Status: Offline

Blog slen

Hai, lama sungguh tak blogging. Sebenarnya, penulisan dan diri saya ini tak dpat dipisahkan lagi. Walaupun lama  tak muncul di sebelah sini, tp hari-hari kerja saya tidak lari jauh drp menulis dan mengedit berita  di bahagian depan portal hiburan ini. Heee, bz sangat2!

Terima kasihlah pada semua yg add saya dan nak jadi kawan. InsyaAllah saya akan reply anda yg sudi nak buat member atau geng dgn saya ni. Rasanya rata-rata semua kat GengMurai ni bpangkat adik2 kalau dibandingkan dgn saya.

Oh ya, jangan lupa ikuti pelbagai promosi yg murai.com.my buat sepanjang masa. Ingat untuk raya nanti ada peraduan menang kasut  tailored made drp Michael Shu untuk anda yg pompuan2 tu.

Juga jangan lupa pesan pada kakak, abang atau saudara mara u all supaya hantarkan gambo dan video ke ttg ucapan raya perantauan kat murai.com.my, kot2 dia orng tak balik beraya tahun ni...

Selamat menyambut Ramadan!!!!

Slen.

Haaa, sempat rapping di dasar laut Pulau Redang. Fuhh.... best giler!!!!!!
Teringin nak menyelam macam Maya Karin, tapi tak jumpa duyung pun.
Awas, anggota group kami, sedang meredah halangan 'periuk api'. Kalau terpijak, fault ler!!!
Haa, ni dia official flag kumpulan kami. Cool tak, siap within 25 min aje.
Posing serius kat Pantai Laguna Resort, Redang.

Kerana bz sesangat, lama sungguh saya tak update blog saya ni. Tapi before that, thanx guyz sebab u all rajin masuk ke GengMurai dan update blog u all. Happy sangat sebab makin hari makin bertambah bilangan GengMurai, dah beribu-ribu lemon gitu. Artis dan celebrities popular pun dah makin ramai jadi bloggers kita e.g. Farawahida, Yasmin Hani, Karen Kong, Dafi, Suki dan terbaru Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Actually, saya dan team murai.com.my yg lain sedang merancang macam2 aktiviti untuk GengMurai membabitkan u all semua dgn artis.

Tunggulah, kita sedang mencari sponsors ye.

OK, kali ini saya nak cerita sikit pengalaman kami satu pejabat, MIT Astro (syarikat induk kepada murai.com.my) yang diwajibkan menyertai team building di Pulau Redang, Terengganu, pada 23 - 28 Feb 2008 lalu. Kumpulan pertama berlepas pada tarikh itu dan bertukar ganti dgn kumpulan kedua yang masuk pada 28 Feb - 2 Mac 2008.


Kalau nak tahu, saya ni memang boleh sawan kalau tengok laut yang crystal clear. Dulu Pulau Langkawi selalu jadi tempat persembunyian kalau hendak lari dari KL. Pengalaman snorkling di Pulau Payar, Langkawi, memang best sebab itulah satu-satunya Taman Laut yang paling cantik di Pantai Barat Semenanjung. Pantai Timur tok sah ceritalah, lagi banyak pantai dan taman lautyg cantik2.


Kalau dulu saya dah ke Tioman dan Pulau Perhentian, jadi seronok giler lah bila dapat ke Pulau Redang. Lucunya, dah lama tidak naik bot, nampak gaya hari tu saya tak tahan daulat lalu muntah di tengah-tengah perjalanan. Bila dah sampai, hilang terus mabuk laut sebab tempat yg kami tuju, Laguna Resort, memang fantastik. Ia mempunyai private beach macam teluk dan nak snorkling pun tak payah pergi jauh-jauh.


Yg penting, team building tu memang best! Kami dipecahkan kepada beberapa group-group kecil dan kena laksanakan tugas yg semuanya mendapat point. Ada aktiviti perbincangan dalam kelas dan ada juga tugas ala amazing race sampai ke dalam laut! Kumpulan saya memilih nama Orange Utan dan tagline kami punberbunyi macam orang utan!


Antara tugas yang diberikanialah meredah `periuk api', 'human puzzle' dan memindahkan 'sisa nuklear' ke tempat yg selamat. Memang betul, semua tugas itu memerlukan teamwork dan apabila di sana, semua orang tak boleh nak selfish2. Yang penting, pada malam penutup, kumpulan saya, Orange Utan akhirnya diumumkan sebagai juara. Yess... We Are The Champion!!


Lawaknya pada malam penutup, kami berparty dengantema Back To School. Semua kena berkait tentang sekolah. Kamiboleh jadi budak tadika, murid sekolah rendah, menengah atau kolej, Sape2 yg berangan nak jadi cikgu pun boleh. Habis tu, macam2 gaya boleh dilihat. Saya sendiri terpaksa ke Maidin Store sebelum ke sana untuk membeli uniform sekolah rendah, beg ultraman dan bekas air kartun. Hai, simple2 macam tu pun kosnya dekat RM80. Masa tu barulah terfikir, macam manalah mereka yg ada anak ramai tentukalau buka sekolah.


Paling kelakar, editormurai.com.my, Haswari Ali (Ayie) berani mampus drag jadi budak Convent Bukit Nanas!! Auwwww.... sampai satu peringkat, ada babak tarik rambut lagi atas pentas bila sorang pom pom girl (kawan kami, Azni, bergaya ala Kajol dalam Kuch Kuch Hota Hai), diumumkan sebagai winner fesyentercantik! Apa lagi riuh rendahlah bila pompuan betul n gan adik2 bergaduh olok2.


Tapi yg cabaran terhebatnya, bila esok kita nak pulang, pantai dan pulau-pulau di Terengganu tiba-tibadilanda angin monsun semula! Jadi terpaksalah kita bermalam satu hari lagi (padahal suka teramat) sebab tidak ada bot mahupun fokker yang berani masuk ke Redang. Kemudian pada Jumaatnya, barulah keadaan reda sikit dan kami selamat pulang dengan menaiki sebuah fokker Berjaya Air yang ditempah khas dari Subang Airport. Lucunya, dalam penerbangan, Si Ayie tu dengan spontan pulak jadi air stewardess yg berjalan ke hulu ke hilir menjamucokelat.

Hai, bila ingat balik, memang best betul trip ke Redang tu!


Gambar eksklusif ini saya ambil sendiri di kediaman Ramli MS di PJ pada bulan puasa lalu. Ketika ini saya bertemu Misha dan Ramli untuk mendapatkan salinan CD utk dimuatkan dalam album terkini Misha. Saya diminta menulis satu lirik. Saya tidak pasti lsama ada agu itu akan dipakai atau tidak kerana ia terletak kepada budi bicara Misha dan penerbit album itu sendiri. Sebelum ini dalam album yang lalu, lagu saya Riwayat Cinta yang dibuat bersama Ajai, ada juga tersangkut dalam album Misha itu. Kebetulan pada waktu itu, awal pagi, kira-kira jam 1 pagi, Azmeer dan Arwah Loloq pun ada sama di situ kerana mereka juga sedang menyiapkan sebuah lagu untuk album yang sama berjudul Cinta Adam Dan Hawa. Lagunya memang sedap. Hai, Azmeer dan Loloq lah pula... mesti best! Pada ketika itu kami duduk bersembang2 sembang sambil melihat Loloq membetulkan sedikit lirik lagu itu. Dia memang tidak lekang denganKkamus Dewan! Banyak perkara yang kami bualkan dan Loloq memang kaki berborak. Dari bab lagu sampailah filem yang ditulisnya, Aduh! Saliha yang tak siap-siap. Saya tahu ada sesuatu yang ralat dan terkilan di hati Loloq tetapi apa boleh buat, dia juga faham dengan masalah dunia perfileman. Kenangan duduk bersembang2 sampai ke jam 2.30 pagi memang menjadi kenangan abadi buat diri saya dan juga yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Loloq, Amin... Amin...

Al-Fatihah buat Allahyarham Loloq yg telah kembali ke rahmatullah pada 30 Jan 2008 lalu. Siapa sangka, dia akhirnyapergi buat selama-lamanya hanya selepas beberapa hari terlantar koma di ICU.

Sebagai rakan penulis lirik (yang baru hendak merangkak), saya sebenarnya ada sesuatu yang eksklusif utk dikongsi dengan anda semua.

Ya, saya baru saja terjumpa semula foto Misha Omar yang saya ambil ketika bulan puasa lalu.

Dalam pertemuan itu, Loloq, Ramli MS dan Azmeer pun ada sama. Dan Misha turut menyanyikansedikit introlagu terakhir yang dicipta Loloq bersama Azmeer berjudul Cinta Adam & Hawa.

Ketika ini saya tengah upgrade sedikit foto itu kerana ia dirakamkan kira-kira jam 2.30 pagi dalam keadaan yang tidakcukup lighting, di kediaman kawan kami, Ramli MS.

Jadi nantikanfoto itu di blog saya ini dalam beberapa waktu lagi, insyaAllah.

By the way, Gong Xi Fa Cai !